Khamis, 5 November 2020

KERJA-KERJA PEMBUKAAN KEDAI KE-4 BINA MAJU HARDWARE (BUMIPUTERA)

Selamat malam semua,

Malam ni saja lah nak cerita sikit bagaimana proses nak buka kedai ke-4 kami ni.  Nampak macam mudahlah patutnya kan.. Kedai ke-4 kottt.. apa ada hal.. celah gigi je nak handle...  

Weiii...πŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Š

jangan pandai cakap ikut sedap mulut naaa.. Setiap kedai yang baru nak buka ada macam-macam cerita yang tersendiri.. Sama lah dengan kedai pada kali ini.. Untuk pengetahuan anda semua, nak buka cawangan baru ni, dugaan nya macam nak kahwin baru lah.. eehhhh.. tiberr.. πŸ™ŠπŸ™ˆhahaha..

Selingan jee.. jangan marah..πŸ˜‚πŸ˜‚ Kepada yang nak start buka kedai hardware kena baca entry ni dulu baru boleh datang semangat.. (harapnya lah)

Permintaan barangan hardware sekarang memang permintaannya tinggi.. So, kebarangkalian untuk kekal tu ada.. Janji HATI KENA KENTAL BEB... Tapi kalau untuk yang tak ada pengalaman buka kedai, akan rasa down lah.. give-up lah.. macam-macam.. 

Perjalanan nak buka kedai ke-4 ni pon agak mencabar sebenarnya.. dari awal nak mencari lokasi sehingga wujudnya kedai kat tepi jalan tu boleh dikatakan 80% guna tenaga family (staff) dalam 3 cawangan tu tau.. staff ketiga2 kedai kami tu ibarat 1 family dah.. Semuanya ambil bahagian dalam kerja2 pembinaan kedai yang ke-4..

Ringkasan cerita je lah eh.. kalau nak cerita lebih mau x cukup 44 hari tu.. hahaha.. lepas dah berpeluh2 cari lokasi merata tempat maka terjumpa lah satu kawasan dekat dengan Batu 9 dan Batu 10. Berbuih2 mulut nak bagi jadi dengan tuan tanah (terima kasih tuan tanahπŸ˜„πŸ˜„) akhirnya dapat juga tempat yang diinginkan.. 


Apa lagi.. kasi rata itu tanah dulu la..


Dah rata.. lepas tu kita pacak apa yang patut..


Kelainan bagi kedai ke-4 ni adalah stor tepi kedai.. sini lah tempat nak letak pasir, batu bata, simen, kayu, paip, dan macam-macam lah..


Kerja-kerja pemasangan atap bumbung semua lah..

Nampak tak?? πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Taraaaa... 


Time ni belum ada signboard lagi.. tapi alhamdulillah... ada juga yang datang menyinggah beli satu dua barang.. (tenkiu supportπŸ˜‡πŸ˜‡)

ok lah..  Pada sesiapa yang tengah mencari barang-barang bagi keperluan projek anda, boleh lah cuba hubungi kami untuk merasa service tip top kami.. In shaa allah kami cuba sebaik mungkin..

Whatsapp/ Call 013-251 0906 (Fetri) / 016- 296 5912 (Zamri)

Whatsapp/ Call 013-251 0906 (Fetri) / 016- 296 5912 (Zamri)

Whatsapp/ Call 013-251 0906 (Fetri) / 016- 296 5912 (Zamri)

Nak datang kedai pon boleh..boleh lah kita beramah mesra.. kannn...

click je πŸ‘‡πŸ‘‡ untuk lokasi kedai ke-4 kami..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 SALAM SEMUA WARGA MALAYSIA DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023 KAMI INGIN MENGUMUMKAN WAKTU KERJA KAMI YANG BARU SEPERTI DIBAWAH ISNIN   ...