Rabu, 20 Januari 2021

Kunjungan Ke Kedai dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Salam PKP 2.0...


Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya percaya ramai yang menggunakan masa yang terhad ini untuk menguruskan hal2 pembaikan dalam rumah kita yang dah lama tertangguh.  Ada yang sedang membuat persiapan untuk Tahun Baru Cina pada bulan Februari 2021 dan Hari Raya pada bulan Mei 2021.


Buat masa ini pihak kedai sedang cuba untuk memenuhi keperluan peralatan anda untuk pembaikan dalam rumah/ luar rumah seperti Pangkin, Rumah Kucing, Kandang Arnab, Reban Ayam dan macam-macam lagi. Stok dalam kedai masuk tak henti-henti pada awal bulan Januari ini.  Kami mohon maaf jika terdapat kesulitan pada ruang dalam kedai yang penuh dengan barangan yang belum di simpan di tempat.


Memandangkan kawasan yang kecil dan sempit dan ditambah lagi dengan gejala covid yang sedang memuncak pada masa kini, kami mengesyorkan kepada anda yang datang terus ke kedai untuk mengikut giliran bagi mengelakkan suasana yang sibuk dan sempit di dalam kedai.  Pihak kami juga sangat mengesyorkan kepada anda untuk menghubungi pihak kami secara whatsapp untuk mempercepatkan urusan jual beli sebelum ke kedai.


Kami sangat menghargai sokongan anda dalam menaikkan jualan kedai kami.  Kami berdoa agar anda semua yang support kedai kami diberi ganjaran berlipat ganda hendaknya.  Semoga Allah / tuhan anda semua merahmati setiap sokongan anda serta merapatkan lagi silaturahim antara pihak kami dan anda semua.


Untuk info lanjut boleh terus hubungi:-

Tel: 013-251 0906 (Fetri) / 016-296 5912 (Zamri)

atau singgah ke kedai kami:-

Bina Maju Hardware (Bumiputera)

Lot 824 Batu 9 1/2

Jalan Cheras, Batu 9,

43200 Cheras 

Selangor

Lokasi kedai: Berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Batu 10 (Samten)

https://maps.app.goo.gl/tR65hEvnJHutjtbG7





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 SALAM SEMUA WARGA MALAYSIA DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023 KAMI INGIN MENGUMUMKAN WAKTU KERJA KAMI YANG BARU SEPERTI DIBAWAH ISNIN   ...